PUTRAJAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai Rabu (2 Ogos) hingga Khamis (4 Ogos).
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Rabu, Lawatan Negara itu juga bertepatan dengan Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam (ALC) ke-24 yang akan dihadiri oleh Sultan Brunei dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim .
"Sebagai mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei Darussalam, ALC akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala dan membincangkan isu-isu tertunggak serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
"Kedua-dua pemimpin juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala,"menurut kenyataan itu.
Sultan Brunei akan diberi Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Ogos.
Seterusnya baginda akan bertemu dengan Al-Sultan Abdullah, diikuti dengan Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Sultan Brunei dan delegasi.
Lawatan Sultan Brunei itu akan mengukuhkan lagi hubungan terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara dan rakan kongsi di ASEAN.
Pada 2022, Brunei Darussalam merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion (US$2.98 bilion), peningkatan 68.4 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai Rabu (2 Ogos) hingga Khamis (4 Ogos). - Gambar fail REUTERS
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
AWANI 7:45 [25/05/2024] - Pemulihan luar biasa | Lebih 1,000 rumah tertimbus | Dua tahun yang kritikal
- Selepas 20 hari, Faisal halim keluar hospital, suspek masih diburu
- Lindungi hak pekerja gig, RUU Suruhanjaya Pekerja Gig dibentang Julai
- Chatbot perangi berita palsu disebar di Whatsapp dilancar seminggu lagi
- Kerajaan jangan alpa, segera tunai janji reformasi institusi, gesa Bersih
- Lindungi hak pekerja gig, RUU Suruhanjaya Pekerja Gig dibentang Julai
- Chatbot perangi berita palsu disebar di Whatsapp dilancar seminggu lagi
- Kerajaan jangan alpa, segera tunai janji reformasi institusi, gesa Bersih
AWANI Ringkas: Jenayah | Seleweng diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perangi berita palsu | Hari Belia Negara 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
Lelaki hilang ketika keluar pasang pukat ditemukan lemas
Mayat Nicholas Daniel, 38, ditemukan di kawasan tujuh kilometer dari perahunya yang dijumpai pada hari dia dilaporkan hilang.
Malaysia negara pertama peroleh permit operasi 20 ambulans
Lembaga Tabung Haji (TH) melalui Pusat Rawatan Mekah dan Madinah sekali lagi melakar kejayaan apabila berjaya memperoleh Tasreh atau permit untuk pengoperasian 20 ambulans dimilikinya.
Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan.
Malaysia4Palestine bukti Malaysia konsisten sokong rakyat Palestin
Penyediaan saluran sementara Malaysia4Palestine yang bersiaran selama 24 jam, menunjukkan pendirian Malaysia yang konsisten serta jelas dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Tolak perkauman sempit, fahaman jumud - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa anak muda untuk sentiasa meletakkan ilmu sebagai sandaran sebelum membuat sebarang keputusan.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Sultan Brunei rakam penghargaan jayakan istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha
Putera Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari lalu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Putera Mateen dan pasangan
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah.
Sultan Brunei diberi sambutan negara di Istana Negara
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini, sempena lawatan ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.
Sultan Brunei berangkat tiba untuk lawatan negara tiga hari
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari.
Sultan Brunei adakan lawatan dua hari ke Malaysia
Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai Rabu (2 Ogos) hingga Khamis (4 Ogos).
Anwar harap Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei muktamadkan beberapa perkara
Antara yang akan dibincangkan kedua-dua negara termasuk bidang kesukanan dan belia, kehakiman syariah serta pendidikan.
Persahabatan peribadi PM Anwar, Sultan Brunei bantu percepat perancangan kedua-dua negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya persahabatan peribadi antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai perancangan.
Sultan Brunei terima menghadap PM Anwar
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei.